Recent Comments


Powered by Disqus

25 Penulis Teraktif

  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • gravatar
  • Foto anda tak tampak disini? Segera buat akun di Gravatar.com!
Netsains.Com on Facebook

Disini juga numpang iklan, yah. Buat biaya server :)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 suara, nilai: 5.00 ⁄ 5)
Loading ... Loading ...

Perhatian!
Artikel ini adalah artikel lama, diterbitkan lebih dari setahun yang lalu.
Mohon beritahu kami melalui komentar apabila artikel ini sudah tidak relevan lagi

K. Sudesh Kumar, Ph.D, Ingin Jadi Dokter, Kini Pakar Bioteknologi (bag 1)

 Netsains.Com – Bioteknologi diprediksi adalah dasar dari sains masa depan. Dari ilmu inilah kelak hajat hidup umat manusia bergantung. Berikut adalah interviu eksklusif Netsains.Com dengan pakar biologi molekular, K. Sudesh Kumar, Ph.D, dari negeri jiran Malaysia, seputar perjalanan karirnya. Interviu ini dalam bahasa Melayu.

 Menggapai Mimpi

 DITO: Apakah sebenarnya cita-cita Tuan sejak kecil?

Jawab:

Cita-cita saya sejak kecil ialah untuk menjadi seorang doktor perubatan. Cita-cita ini sebenarnya ialah cita-cita ibu bapak saya yang ingin melihat saya menjadi seorang doktor, engineer atau lawyer. Pada masa itu dan juga pada masa kini, kebanyakkan ibubapa beranggapan inilah sahaja pekerjaan yang baik, berprestij dan memberikan pulangan gaji yang lumayan.

 

 

Sebenarnya, saya tidak mempunyai sesuatu cita-cita sejak kecil. Saya mula tertarik dengan bidang penyelidikan apabila saya membuat projek Sarjana Bioteknologi di Universiti Malaya. Saya berasa kagum apabila mengetahui bahawa mikroorganisma boleh menghasilkan suatu bahan yang mempunyai ciri-ciri plastik.

DITO: Mengapa tertarik memilih bidang bioteknologi, dengan spesifikasi keahlian di bidang: Microbiology, Genetics and Polymer Chemistry of Microbial Polyesters (Bioplastics)?

Jawab:

Sejak kecil lagi saya suka bidang biologi. Minat saya terhadap bidang biologi semakin mendalam semasa saya di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pada ketika itu matapelajaran biologi diajar oleh seorang guru bernama Pn. Tan Guat dengan penuh minat dan dedikasi. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam minat saya terhadap bidang biologi.

Semasa saya menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana, projek yang telah saya pilih ialah “Penghasilan Bioplastik oleh Mikroorganisma dengan menggunakan minyak kelapa sawit. Saya tertarik kepada kebolehan microorganisma untuk menghasilkan bahan plastik yang mesra alam. Plastik dari mikroorganisma ini yang juga dikenali sebagai bioplastik dapat dihasilkan dari sumber yang boleh diperbaharui. Bioplastik ini juga dapat diuraikan oleh mikroorganisma. Ini menjadikan bioplastik ini mesra alam kerana ianya tidak akan terkumpul di alam sekitar seperti plastik petrokimia yang kita gunakan sekarang.

Pengalaman Hidup

DITO: Bagaimana Tuan menjalani kehidupan masa anak-anak, remaja, dan dewasa?

Jawab:

Semasa saya masih kecil, saya selalu suka bermain dan kurang suka belajar. Sebaik sahaja pulang ke rumah dari sekolah, saya akan terus keluar rumah untuk bermain dengan kawan-kawan saya. Antara permainan kegemaran saya ialah police-and-thief, guli, gasing, layang-layang, foto, getah dan sebagainya. Saya juga gemar mandi sungai bersama kawan-kawan.

Semasa remaja saya mulai aktif dalam sukan dan acara kegemaran saya ialah lari jarak jauh (merentas desa atau ‘cross country’). Saya juga suka bermain badminton. Dalam bidang pelajaran pula, saya mulai menggemari ilmu alam atau geografi. Saya suka hafal fakta berkenaan negara lain.

Setelah tamat pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia pada peringkat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1991, saya telah cuba mencari pekerjaan. Tetapi saya tidak berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Pada masa itu, saya mendapat berita dari kawan saya bahawa terdapat satu program Sarjana Bioteknologi yang sedang menerima pelajar. Program tersebut juga menyediakan biasiswa kepada pelajar. Oleh itu, saya pun mendaftar untuk mengikuti kursus Sarjana Bioteknologi di Universiti Malaya. Kursus ini terdiri daripada kuliah selama dua semester, peperiksaan dan projek bioteknologi selama dua semester. Saya telah mempelajari banyak perkara baru yang tidak saya pelajari semasa kursus Sarjana Muda Sains. Antara bidang baru yang saya pelajari ialah kejuruteraan genetik dan kejuruteraan kimia. Kursus ini pada masa itu telah diajar oleh ramai pensyarah yang sangat berpengalaman. Kursus ini dan projek bioteknologi yang saya laksanakan telah menimbulkan minat saya terhadap bidang bioteknologi.

DITO: Dapatkah Tuan berbagi cerita tentang kehidupan “masa lalu” yang begitu menempa dan mendewasakan diri, sekaligus mengandung hikmah?

Jawab:

Semasa saya sedang menulis tesis Sarjana Bioteknologi, seorang Professor dari Japan telah melawat makmal supervisor saya. Beliau ialah Prof. Yoshiharu Doi dari RIKEN Institute, Japan. Prof. Doi merupakan seorang tokoh terkemuka di dunia dalam bidang bioplastik. Saya masih ingat perbualan dengan Prof. Doi ketika itu. Beliau bertanya rancangan saya selepas tamat Sarjana Bioteknologi. Saya menyatakan minat saya untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Kemudian saya tanya beliau jika ada peluang untuk menjadi pelajar di bawah bimbingannya. Beliau suruh saya memohon biasiswa (dikenali sebagai Monbusho pada masa itu) daripada kerajaan Japan. Saya mengikut nasihat Prof. Doi dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran di Japan.

Saya banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan baru di Japan. Selepas tamat pengajian Ijazah Kedoktoran, saya sambung ke postdoc. Saya tinggal di Japan selama hampir 7 tahun. Kehidupan saya di sana telah mendewasakan diri saya. Saya sangat menggalakkan pelajar muda untuk pergi ke luar negara untuk menimba pengalaman dan pengetahuan.

DITO: Apa sajakah pengalaman Tuan yang paling unik, lucu, dan/atau berkesan selama menjadi pelajar (saat di high school) dan mahasiswa (saat di university)?
Jawab:

Semasa saya di High School (Tingkatan 6) dan di Universiti, saya tinggal bersama dengan kawan-kawan. Kebebasan untuk melakukan apa sahaja dan pada bila-bila masa menyebabkan saya kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Saya telah banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Aktiviti lain bersama kawan-kawan juga telah memberikan banyak pengalaman hidup yang tidak kurang pentingnya.

DITO: Apa sajakah pengalaman Tuan yang paling unik, lucu, dan/atau berkesan selama menjadi dosen di Universiti Sains Malaysia, Penang?

Jawab:

Universiti Sains Malaysia telah membolehkan saya menjalankan penyelidikan berterusan dalam bidang bioplastik. Ramai pelajar mempunyai minat dalam bidang ini. Oleh itu, saya dapat menjalankan penyelidikan dalam berbagai aspek. Geran penyelidikan juga mencukupi.

 DITO: Bagaimana pengalaman (suka-duka) saat menjadi peneliti atau ilmuwan (Scientist) di RIKEN Bioengineering Laboratory?

Jawab:

Ketua Bioengineering Laboratory di RIKEN ialah Prof. Mizuo Maeda. Beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan telah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk menjalankan penyelidikan yang saya minati. Antara penyelidikan yang dijalankan di makmal Prof. Maeda ialah pembangunan microfluidic sensor yang mempunyai ciri Lab-on-Chip. Saya telah mempelajari banyak perkara baru di makmal beliau di RIKEN. Antara penyelidikan beliau yang sangat menarik minat saya ialah berkenaan kaedah baru yang mudah dan murah untuk mengesan Single Nucleotide Polymorphism (SNP). Kebolehan mengesan SNP dengan pantas sangat berguna untuk ’order-made medicine’. Saya berasa kagum dengan pelbagai penyelidikan termaju yang sedang dilakukan di RIKEN Bioengineering Laboratory.

DITO: Boleh bercerita tentang pengalaman menjadi Visiting Professor, Institute of Chemistry, Lund University, Sweden?

Jawab:

Saya telah dijemput oleh Prof. Frans Maurer untuk perbincangan dan untuk menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang pencirian bioplastik. Prof. Maurer merupakan seorang pakar dalam bidang Polymer Physics. Ketika di Lund University, Sweden saya telah mempelajari teknik pencirian polimer menggunakan Rheometer. Bidang ini dipanggil, bidang Polimer Rheology. Pengetahuan bidang ini penting untuk pemprosesan bahan plastik. Secara ringkas, bidang ini mengkaji ciri polimer semasa ianya dalam bentuk cecair yang boleh mengalir dan dideformasikan.

Selain daripada itu, ketika di Lund University, saya juga telah dapat mengetahui sistem pengkomersialan yang diamalkan di situ. Lund University mempunyai salah satu sistem yang terbaik di dunia. LU Innovation merupakan pusat yang bertanggungjawab untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan oleh penyelidik di Lund University. LU Innovation mempunyai pakar dari industri yang boleh membantu dalam semua aspek pengkomersialan dan paten.

DITO: Boleh bercerita tentang pengalaman menjadi Visiting Associate Professor, Tokyo University, Japan?

Jawab:

Saya telah menjadi Visiting Associate Professor, Tokyo University, Japan selama 5 bulan dari Ogos hingga Disember 2010. Tokyo University ialah university yang paling terkemuka di Japan dan juga di Asia. Pelbagai kajian yang terkini dan termaju dijalankan di Tokyo University. Saya telah dijemput oleh Prof. Tadahisa Iwata yang juga menjalankan kajian dalam bidang bioplastik. Prof. Iwata merupakan seorang pakar dalam bidang Polymer Chemistry. Beliau banyak melakukan kajian untuk menggunakan sumber semulajadi yang boleh diperbaharui seperti selulos untuk menghasilkan plastik mesra alam. Ketika saya di makmal Prof. Iwata, saya telah mengadakan satu siri kuliah dalam bahasa Inggeris untuk pelajar di situ. Selain itu, saya juga telah mempelajari teknik pencirian polimer menggunakan Wide Angle X-ray Diffractometer (WAXD).

Top Ten Problems

DITO: Menurut Tuan, apa saja “top ten problems” yang sering dijumpai di dalam praktek/kehidupan sehari-hari, terutama di bidang bioteknologi, bioplastik?

Jawab:

Pengkomersialan hasil penyelidikan terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Banyak kajian telah dan sedang dilakukan untuk mengatasi segala cabaran tersebut. Berikut adalah cabaran yang perlu kita hadapi dalam bidang bioplastik:

1. Mencari dan membangunkan strain bakteria yang efisien untuk menghasilkan bioplastik.

2. Menentukan proses fermentasi yang efisien untuk menghasilkan bioplastik.

3. Menentukan dan mendapatkan sumber karbon yang murah untuk pertumbuhan bakteria dan penghasilan bioplastik.

4. Pembinaan unit fermenter untuk pertumbuhan sel bakteria secara efisien.

5. Pembangunan proses yang murah dan mesra alam untuk penulenan bioplastik daripada sel bakteria.

6. Sumber kewangan dan geran penyelidikan yang berterusan untuk menjalankan penyelidikan bioplastik.

7. Polisi pemerintah untuk menghadkan penggunaan plastik petrokimia.

8. Insentif pemerintah untuk penggunaan plastik mesra alam.

9. Pengguna yang berpengetahuan tentang pemeliharaan alam sekitar.

10. Kerjasama dari industri plastik.

Bagaimana solusi untuk mencegah dan mengatasi “top ten problems” tersebut? Akan bersambung ke artikel berikutnya.

 

 Tentang Penulis:

Dr Dito Anurogo Dito Anurogo adalah dokter yang sedang berkarya dan mengabdikan diri di neuroscience department, Brain and Circulation Institute of Indonesia (BCII), Surya University, Indonesia.Ia adalah dokter pehobi filateli-numismatik, fotografi, pecinta alam, pernah aktif di FLP (Forum Lingkar Pena) Semarang, Member of IFMSA (International Federation of Medical Students' Associations), dan konsultan kesehatan di NetSains.net dan detik.com. Ia mendapatkan sertifikasi CME dari berbagai universitas ... Selengkapnya »
 
  Beri komentar atau taut balik artikel ini.